Pages

Friday

Bayaran Kos Bagi Pelan Tambahan & Ubahsuai

Seringkali Kos bagi penyediaan pelan memainkan peranan penting sebelum sesuatu pelan dapat disiapkan dan seterusnya di buat permohonan kepada pihak PBT. Mengelakkan kekeliruan berkenaan bayaran, pihak Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar akan mengasingkan bayaran tersebut. Disini dimaklumkan bayaran yang akan atau bakal di kenakan kepada pemilik rumah.

1. Bayaran Penyedian pelan - Anggaran harga akan di tetapkan oleh pihak arkitek setelah
     perbincangan dan kata putus berkenaan skop kerja dan rekabentuk pelan yang hendak di
     pinda di muktamadkan bersama pemilik. Harga berdasarkan rekabentuk serta keluasan
     tambahan yang akan pemilik lakukan. Selalunya bayaran ini akan dibuat dalam 2 kali
     bayaran. Sebelum permohonan dibuat ke PBT dan setelah kelulusan dikeluarkan.

2. Bayaran Proses Pelan - Bayaran memproses pelan akan dikenakan kepada setiap
    permohonan. Bil ini akan ditanggung oleh pihak pemilik kediaman. Bayaran ini termasuk lah
    fee bagi memproses plan, cagaran atau deposit berkaitan dan deposit tong sampah
    kepada Alam Flora atau agensi berkenaan. Jumlah Bayaran ini juga tidak sama pada
    setiap PBT. Ia akan dikira berdasarkan keluasan tambahan yang dibina.

3. Bayaran Untuk CCC@CF - Bayaran ini sering dikenakan secara berasingan oleh pihak
    Akitek atau pelukis Pelan. Ini kerana terdapat kecenderungan pemilik untuk mengubah
    rekabentuk rumah semasa pembinaan sedang dilakukan. Jika ini berlaku, dan pemilik
    masih tetap untuk mendapatkan CF@CCC, permohonan pindaan kepada pelan kelulusan
    yang terdahulu harus dikemukan dan mendapat kelulusan PBT.

4. Denda - Denda akan dikenakan kepada pemilik rumah yang telah melakukan pembinaan
    sebelum permohonan pelan dibuat atau melakukan pembinaan sebelum kelulusan diberi.
    Denda akan dikira kepada 10 kali ganda dari fee memproses pelan. Bayaran ini juga akan
    di tanggung oleh pihak pemilik.

Makluman ini adalah berdasarkan permohonan pelan yang mengikut Undang-Undang kecil bangunan setiap PBT. Jika tambahan dilakukan diluar syarat-syarat yang ditetapkan, kemungkinan pelan tidak akan diluluskan.

 Sebarang pertanyaan berkaitan penyediaan pelan serta pembinaan rumah sila emailkan kepada saya di arch4designconcept@gmail.com atau call/sms ke 019-2024649.

Sunday

Penyedian Melukis Pelan Tambahan

Bagi pemilik yang ingin melakukan ubahsuai rumah, elok lah terlebih dahulu mendapatkan maklumat lanjut daripada Arkitek, Pelukis Pelan atau dari Jabatan Bangunan PBT berkenaan syarat-syarat melakukan ubahsuai kediaman. Setiap PBT mempunyai undang-undang yang agak berbeza antara satu sama lain.

Disini di sertakan serba sedikit penyedian dokumen bagi pihak pemilik.
1). Sediakan salinan Pejanjian Jual Beli kediaman tersebut (S&P)
2). Sesalinan Cukai Pintu Terkini (Jan-Jun) atau (Julai-Disember)
3). Sesalinan Cukai Tanah Terkini
4). Sijil Layak Menduduki (CF)
5). Sesalinan Geran Tanah (mengikut PBT)
6). Salinan Kad Pengenalan Pemilik ( mengikut PBT)
7). Rajah ringkas kerja-kerja tambahan yang ingin dilakukan.

Setelah dokumen tersebut siap boleh lah pemilik mencari perunding yang bersedia untuk menyediakan segala keperluan permohonan pelan tuan dari peringkat penyedian pelan hingga kelulusan pelan. Akitek, Pelukis Pelan atau Perunding harus dilantik bagi membuat permohonan pelan kerana pihak PBT tidak mengambil permohona secara terus dari pihak pemilik, HANYA kelulusan strata atau yang mengunakan 'Standart Book'  saja yang diterima secara terus dari pemilik berdasarkan syarat-syarat yang tertakluk.

Sebarang pertanyaan berkaitan penyediaan pelan serta pembinaan rumah sila emailkan kepada saya di arch4designconcept@gmail.com atau call/sms ke 0192024649.

Tuesday

Pelan Tambahan & Ubahsuai

Pelan Tambahan & Ubahsuai adalah pelan yang perlu di lakukan oleh pihak pemilik kediaman yang ingin mengubahsuai kediaman mereka yang sediada. Ini termasuk lah untuk membesarkan ruang atau merobohkan ruang. Kerja-kerja yang melibatkan perobohan serta menambah ruang ini lah di panggil ubahsuai rumah@kediaman.

Permohonan perlu di lakukan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan kelulusan bagi pelan tersebut. Kerja-kerja pengubahsuaian tidak boleh dilakukan selagi kelulusan pelan belum dikeluarkan. Ini kerana kerja-kerja ubahsuai tertakluk kepada Undang-Undang kecil Bangunan pada setiap PBT terlibat.

Selain itu, kerja-kerja pengubahansuaian serta tambahan hendaklah mengikuti garisan panduan yang telah ditetapkan oleh setiap PBT. Pemilik tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tambahan hingga melangkau had yang telah ditetapkan oleh pihak PBT.

Sebarang pertanyaan berkaitan penyediaan pelan serta pembinaan rumah sila emailkan kepada saya di arch4designconcept@gmail.com atau call/sms ke 0192024649.

Apa itu lukisan pelan

Kali ini saya akan perkatakan berkenaan apa itu Lukisan Pelan. Dalam blog ini saya mengkhususkan kepada Pelan Arkitek atau Lukisan Senibina yg amat mudah utk pembaca memahaminya.

Lukisan Pelan atau Senibina selalunya mengandungi eleman-eleman yg menyatakan dgn jelas segala bentuk ruang serta saiz bagi sesuatu rekabentuk bangunan itu. Ianya diterjemahkan pula dgn rupabentuk bangunan tersebut yg di panggil sebagai Pandangan Pelan.

Disini saya secara ringkas menyenaraikan keperluan asas bagi sesuatu Lukisan Pelan yg lengkap.

Pelan harus la mengandungi eleman2 berikut:-

1: Pelan - menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan yg  selalunya dalam radius 5km dari tapak projek.

2. Pelan Lokasi - menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.*

3. Pelan Tapak - mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.*

4. Pelan Lantai - mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pelan Bumbung.

5. Pandangan - menunjukkan dengan jelas pandangan rupabentuk bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan.

6. Keratan - menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang di bina,

7. Sanitari - Lukisan Susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan.

8. Sistem Bekalan  Air - menunjukkan kan susun atur sistem bekalan air paip.

9. Lukisan Terperinci - Lukisan yang menunjukan kan rekabentuk yg lebih terperinci bagi bahagian atau keperluan yang di kehendaki oleh pihak PBT atau agensi berkaitan.

Sebarang pertanyaan berkaitan penyediaan pelan serta pembinaan rumah sila emailkan kepada saya di arch4designconcept@gmail.com atau call/sms ke 0192024649
  

Monday

salam perkenalan

Selamat Datang ke Blog saya yang akan mengkhususkan perihal bagaimana utk membina kediaman seawal dr merekabentuk pelan hingga lah kediaman anda tersergam indah siap di bina. Blog ini juga sedia menjawab persoalan anda berkenaan proses2 yng perlu di lalui dlm menyediakan pelan utk kelulusan pihak PBT.

Blog ini juga turut menyediakan perkhidmatan bagi melukis pelan tambahan & perubahan bagi kawasan2 PBT yg berkenaan, senarai PBT yg terlibat akan sy update sedikit masa lagi. Bagi khidmat merekabentuk banglo kediaman, pihak saya menyediakan nya seluruh negeri.

Sebarang persoalan berkaitan penyediaan pelan serta pembinaan rumah sila emailkan kepada saya di arch4designconcept@gmail.com atau call/sms ke 0192024649